Monday, June 15, 2015

~Recall the memories~

~kisah lama bertandang semula dalam ingatan.. Yup.. aku juga pernah jahil.. aku pernah terjebak dalam kisah cintan-cintun remaja.. aku pernah sosial.. aku pernah lepak dengan kawan-kawan lelaki.. aku pernah bergaduh di sekolah.. tidak kira lelaki atau perempuan..  tapi itu dahulu.. kisah lama.. kisah yang mana mengukir satu pengalaman.. Aku tidak kelaskan kisah-kisah itu sebagai kenangan pahit.. Namun, sesungguhnya.. Kisah-kisah itu lah yang membuat aku belajar, buat aku terus ke hadapan, kisah-kisah itu lah yang membuat aku mengambil pengajaran dari apa yang aku lalui.. Persahabatan kekal hingga hari ini.. Bila berhubung.. pasti akan mengimbau kenangan lama..


Merindui mereka... Lama tidak bertemu mereka.. Dengar khabar, ada yang sudah mendirikan rumah tangga, ada yang sudah beranak pinak. Subhanallah.. sungguh cepat masa berlalu.. Rakan-rakan dari SK Pekan 2 Ranau, SMK Telupid, SM Teknik Keningau, SMK Tambunan, Politeknik Kota Kinabalu, apa khabar kalian??


Kisah Cintan-Cintun.
Haha.. Agak lucu bila dikenangkan kembali..
Ada yang krik-krik kalah cengkerik..
Hanya berhubung dari alam maya sahaja..
Jarang berjumpa.. Ada yang tidak pernah berjumpa...
Long Distance Relationship kononnya..
Ada pula kawan yang menggunakan nama aku untuk berkenalan.. Akhirnya, orang tu minat pula dengan aku.. Yang ni lawak.. Sampai minta couple, ajak keluar dating.. Call sampai tengah malam.. Adeh.. sesungguhnya aku juga mangsa keadaan..
Biasalah zaman remaja yang tahu tapi masih buat.. yang belum ada kesedaran untuk berubah..

Zaman jahiliyah yang banyak mengajar erti hidup.. erti bersahabat..  Dulu.. aku masih ingat. Aku bercakap, segala apa yang keluar dari mulut ni, memang tidak bertapis. Orang sekarang cakap "Sharp, Sentap, Headshot"..
Sehingga ada yang menegur.. Sejak hari itu.  aku jadi agak pendiam.. Bila ada yang aku tidak puas hati.  I better shut up than to speak out.. I am afraid if i talk.. It hurts..
And still.. Sampai sekarang sebenarnya ke'sharp'an kata-kata yang selalu keluar dari mulut ni.. Sesungguhnya aku sudah mengelak dari tidak mengeluarkan apa yang aku sendiri tidak puas hati.. Kalau ada yang aku sendiri tidak puas hati.. aku pasti berdiam diri.. Cuma mungkin my behaviuor towards that person akan berubah la.. tunggu aku reda sikit baru aku boleh berkata-kata seperti biasa..

...........

Tapi semua itu pembelajaran..

sekarang.. Aku sedar ada tanggungjawab yang patut aku pikul.. aku juga ada amanah yang perlu diselesaikan. Aku juga ada komitmen yang aku perlu jaga..

Kini aku menjadi gadis yang ditarbiyyah.
Aku mengaku.. Sepanjang di jalan ini.. Hati mula dikunci serapatnya.. Namun ada yang mula mengetuk..
Keputusan juga sudah dibuat..Di situ mula satu komitmen lain.. Menjaga pergaulan dan perhubungan..
...
Adakalanya ujian datang...
aku juga insan biasa..
bila mana.. Ada insan lain yang cuba mengetuk pintu yang kuncinya sudah diberikan kepada orang lain.  Sesungguhnya, aku ada spare keys.. 😂.. Hampir di beri untuk insan itu.. Tetapi aku mula kembali ke pangkal jalan.. Sesungguhnya ini semua hasutan syaitan.. Aku tahu.. apa aku buat itu salah. Allah.. padah kalau aku buat..
aku abaikan perasaan itu.. membiarkan perasaan itu pergi begitu sahaja.. tanpa memikirkan soal insan itu..
Benar.. jodoh kita tidak tahu..  Cabarannya juga.. mungkin kerana aku pernah disakiti kerana itu.. hingga aku sendiri di uji mengenai perasaan itu.. ALLah.. berat ujian Mu ya Allah..

Kadang-kadang aku terfikir.. Teringin untuk kembali ke zaman dahulu.. Merindui buat kerja gila.. panjat pagar sekolah, escape kelas.. haha.. kenangan yang mungkin aku lupakan.  Wajah-wajah mereka.. Rindu semuanya..  

Thanks everyone.. for the memories.. Really.. it tought me the Life.. Pengalaman yang tidak mungkin akan dirasai oleh semua orang.. 
Because of that I am changed to be better.. Better than before.. But I am still not good enough. Still step-by-step walking to the Real Path.. 


#EntryYgPandaiBerubahTopik.






No comments:

Post a Comment