Wednesday, October 10, 2012

~setiap kesulitan ada kesenangan~

Menguatkan diri dengan "segala kesulitan pasti ada kesenangan" dan . .semoga dipermudahkan satu-persatu. .Aku tahu ini bukan hukuman dariMu. .aku berbaik sangka dengan ketentuanMu. .sesungguhnya ini semua adalah UJIAN dariMu kepada diri yang hina dan lemah ini. .Alhamdulillah. .syukur ya Allah. .aku masih berada dalam rahmatMu. .masih diberi kekuatan untuk meneruskan hidup walaupun aku sedang di uji dengan sakit yang tidak diketahui darimanakah puncanya yang sebenar. .tiap malam hanya bersabar dari menggaru kerana gatal yang tersangat sehingga terasa ingin memotong kedua-dua tangan ini. .


Bila tiada kesan menggaru dengan tangan, dinding kayu menjadi ganti tuk menggaru. .biar sampai berdarah tangan ini. .terlalu perit. .tapi kesakitan itu aku tahu telah menghapuskan dosa-dosa kecilku. .InsyaAllah~. .
terasa penat bila tipa malam merasa begitu. .terlalu lemah rasanya badan ini untuk menampung segala sesakitan ini. .namun satu yang membuatkan ku bersabar dengan segalanya iaitu "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya".



aku sekarang sedang melalui jalan dan liku kehiduapn yang mencabar. .semoga aku sentiasa berada di jalan yang lurus yang penuh dengan onak dan duri ini,demi menari RedhaMu ya ALLAH.. 



baru-baru ini pa yang aku rancangkan dipermudahkan olehNya. .alhamdulillah. .mula-mula mak merancang supaya 4tahun lagi. .tapi bila mak sendiri merancang supaya aku dan dia membeli 3 buah rumah sekali gus dan memberi sewa ketiga-tiganya, terfikir sejenak. .mak memberi kami kebebasan tuk buat tu semua. .tp untuk mendirikan Masjid. .blum lagi. .dan mak membuat keputusan selepas dia habis belajar baru lah bina masjid. .alhamdulillah. .permintaanku untuk mengurangkan hantaran juga dipersetujui oleh mak. .jadi tidak terbeban baginya untuk mengumpul dana. . :)




sweetnyer kn. .




YA ALLAH SEMOGA SEGALA URUSAN DIPERMUDAHKAN OLEH-MU


Wednesday, October 3, 2012

~RINDU MEREKA~



~setelah sekian lama tidak bergerak kerja dalam dakwah dan gerakan Islam. .akhirnya baru-baru ni. .diri ini terpanggil unutk bersama-sama dengan beberapa sahabat yang lain, berkumpul kembali d poli kk, ,membincangkan masalah-masalah yang pihak alumni boleh bantu adik-adik kelab Islah yang masih lagi bersemangat menegakkan Agama Allah di bumi PKK e2. .

~rindu rasanya ingin terasa penat besama, kurang rehat, berjaga malam bagi mengimbangkan antara amanah dalam jemaah dan tanggungjawab sebagai pelajar. .belajar hingga lewat malam. .menyiapkan kerja-kerja yang diberi jika ada program terdekat. .rindu rasanya. .~

~biarpun diri ini jarang sekali turun berprogram , ,tapi pernah jua merasakan nikmat dan hikmah bergerak dalam jemaah, .best. .ukhwah blh dirapatkan. .mengenali yang blm dikenali, .terasa jalinan e2 semakin kuat pabila bertemu dengan mereka. .~

~banyak ujian yang melanda, ,tidak dinafikan.. bila diri ini semakin dekat denganNya. .ada sahaja rintangan yang dialami. .kekadang terfikir sejenak. ."mengapa rakan sekelasku tidak mengalami dugaan seperti apa yang aku alami??" . .teringat kata-kata seseorang " semakin kita dekat denganNya. .semakin kuat cabaran yang kita akan tempuh. .salah satu cara Dia menapis orang-orang yang tidak beriman kepadaNya" dan teringat terjemahan surah Al-Baqarah "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya". .

~Kini aku sedar. .Ukhwah yang terbina di Pusat Islam PKK e2 telah banyak mengajar aku, membawa diri ini ke jalan yang benar dan lurus, telah banyak mengubahku, .dari yang cetek ilmu kepada orang yang mengejar dan mencari ilmu.. .bila lemah, ada yang membantu, bila jatuh, ada yang tolong papahkan, bila salah, ada yang tolong betulkan. .sama-sama dalam proses belajar untuk memperbaiki diri. .Tarbiyyah Allah kepada para Daie. .~


~ya Allah. .hambaMu ini memohon agar hati ini tetap dan kekal untuk berada di jalanMu, janganlah Engkau menapis diri ini daripada orang-orang yang Engkau pilih untuk menegakkan AgamaMu ya Allah. .semoga diri ini masih mampu mengharungi segala ujian, cabaran dan dugaan di dunia yang sementara ini bagi mengejar Akhirat yang pasti. .tetapkanlah iman di dada ini, berkatilah hidup ini, permudahkanlah segala urusan hambaMu ini Ya Allah. .~


~rindu sangat-sangat dengan usrah, solat jemaah, p salut beramai-ramai, main bowling, turun meeting, meeting tergempar tengah malam, rindu. .bilakah lagi kita akan bersua dan meluangkan masa bersama???~~. .



last but not least~ maafkan diri ini wahai sahabat. .diri ini juga tidak tahu. .bila kan pergi meninggalkan dunia ini. .semoga kesalahan dan kesilapan diri ini dapat dimaafkan. .dan tidak lupa jua untuk diri ini ,sentiasa memaafkan kalian semua. .I'm Forgiven all of U. .and I'm Apologize for everthing that I've done!~