Thursday, July 28, 2011

~frOm the bOttom oF my hEart~

"ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad itu dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. .ketahuilah ia adalah Hati"


hati ini sangat lembut. .bila dibelai dan dijaga. .baiklah ia. .bila disayangi dan dimanja. .semakin  lembutlah ia. .namun sesetengah hati ini pandai menjadi keras. .mungkin akibat sifat empunya hati itu sendiri. .sifat ego, sombong, angkuh, yang sentiasa dibanggakan. .mungkin diri ni juga mempunyai sifat mazmumah etu. .kadang-kadang kita sendiri tidak boleh menilai seseorang daripada paras rupa, riak wajah, penampilan orang e2 sendiri. .orang cakap "biar rambut sama hitam tapi hati lain-lain". .

~memang betuL. .hati kita semua tidak sama. .ada yang memiliki sifat sensitivity yg tinggi. .ada juga yang rendah. .bagi diri ini. .setelah mengenali diri sendiri. .barulah diri ini sedar. .diri ini memiliki sifat sensitivity yg tinggi. .mudah terasa. .mudah mengalirkan air mata. .suka memendam. .tidak suka meluah. .meluah hanya dengan yang Esa sahaja. .biar air mata yang menenangkan hati yang kacau ketika e2. .sifat ini sdh lama sebati dgn diri ini. .mgkn sebab itu juga. .diri ini tidak pandai besar-besar. .masih kurus mcm dulu. .
~orang tidak akan perasan keadaan diri ini. .sbb diri ini sdh pandai mengawal situasi diri yang tidak stabil. .emosi yang terganggu .biar berat mcmna pun keadaan yang perlu dipikul. .jika tiada yang menegur. .diri ini masih mampu bertahan dan masih mampu untuk tersenyum, tertawa, bermain dan berguran senda .seperti tidak ada apa-apa masalah yang timbul. .sedangkan di dalam hati ini. .hanya Allah yang tahu. .diri ini hanya mampu bersabar. .dengan segala dugaan dan cabaran serta ujian yang telah diberikan. .sesungguhnya Allah tidak akan membebani hambaNya dengan sesuatu jika hambaNya itu tidak mampu kerana Allah itu Maha Mengetahui segalanya. .

~semoga hati ini masih mampu dan terus bertahan. .~