Wednesday, May 11, 2011

~biLa hati ini teLah di uJi~

Luahan,bisikan hati ini. . . 


~baRu-baru ini. .hati ini sekali lagi di uji mengenai perasaan. .bukan diri ini tidak mahu perasaan itu. .tetapi diri ini belum bersedia dengan virus yang akan merebak dalam hati ini. .selama ne. .aku hny melayan perasaan itu tetapi bila ia datang semula. .aku mulai untuk hanya layan biasa2. .kadang-kandang perasaan ini main-main. .kadang-kadang rasa suka, sayang dan rindu tetapi pernah juga perasaan ini langsung tidak merasa apa2. .kadang-kadang bila terasa seperti itu diri ini semakin takut. .takut kerana hubungan itu belum apa-apa ikatan lagi. .hanya ku berserah segalanya kepada Allah. .suatu lamaran yang telah di luahkan cuma aku yang belum bersedia untuk menerimanya. .niatnya baik untuk mengelakkan dari fitnah dan menjauhi maksiat. .aku tahu dan aku faham cuma untuk aku membuat keputusan agak sukar bagiku. .


sekarang hal ini diketahui segelintir daripada rakan seperjuanganku. .mereka ingin tahu dan aku memberitahu hal yang sebenar kepada mereka. .mereka seolah-olah menyokong aku untuk menerimanya. .memuji kebaikannya. .tapi aku tahu. .perasaan ini tidak boleh dipaksa. .dan aku tidak boleh terpegaruh dengan kata-kata mereka. .kerana aku yang akan terikat dengannya. .mungkin ini takdir yang telah di tentukan kepadaku oleh ALLAH. .aku terima dengan redha segala ujian yang diberikan kepadaku. .


~aku sungguh terkejut bila dia terus mengatakan yang dia ingin menjadi tunangku sedangkan kami baru knal dalam 2 minggu. .orang ckp e2 jodoh. .tp bagiku. .aku terkejut dangan luahan rasanya. .sekiranya aku bersetuju pada waktu itu kami sudah pun bertunang kerana tunang ini tidak semestinya perlu ada rombongan dan sebagainya. .persetujuan diantara dua pihak(lelaki dan perempuan) itu sahaja sudah sah untuk mereka menjadi tunang. .tidak perlu ada wali atau rombongan. .itu semua hanyalah adat zaman sekarang.. 


sila baca artikel dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1154-menjadi-tunang-orang-tanpa-kita-sedar.html


satu lagi katanya. .lebih baik nikah khitbah atau orang melayu menyebutnya sebagai nikah gantung. .bila aku terbaca mengenai nikah khitbah ini. .memang betul apa yang dikatakan dalam artikel tersebut dimana. .nikah khitbah ini mampu mengelakkan fitnah. .ia sama sperti nikah biasa. .perlu ada suami,isteri,wali,saksi dan akad. .cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
* Masih menuntut di kolej atau universiti
* Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
* Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai nikah khitbah sila ar klik link di bawah:

sekarang aku sedang berfikir. .dan masih mencari jawapan yang sebenar. .sebelum ne pernah bertanya dengan kakak angkat mengenai "macam mana kita ingin mengetahui bahawa orang itu adalah jodoh kita?" pastu kakak itu cakap. ."istikharah secara berterusan mohon petunjuk dariNya. .insyaAllah dipermudahkan olehNya segala urusan. ." pastu kakak itu menyuruh aku untuk mengambil buku ilmiah mengenai solat istikharah. .tetapi bila aku turun kerumahnya .buku lain pula yang diberi. .ada lima buah buku dan semuanya mengenai cinta dan jodoh. .ALLAHUAKHBAR!!. .terkejut melihat buku-buku yang agak tebal. .antaranya : tentang cinta, La tahzan kerana cinta, La tahzan kerana jodoh, Aku terima Nikahnya dan 1buah buku lagi yang aku lupa tajuknya. .~. .kakak mengesyorkan aku untuk membaca buku "Tentang Cinta" dahulu kerana ia banyak memberi sedikit sebanyak membuka minda dan fikiran mengenai jodoh dan cinta. .InsyaAllah aku akan cuba untuk membaca buku itu tika aku ada kelapangan . .dan insyaAllah akan ku usahakan untuk istikharah secara istiqomah. .belum bersedia lagi aku untuk menanggung tanggungjwab yang begitu besar walaupun sebenarnya ia adalah sunnah yang digalakkan oleh Rasululullah. .

~ingatlah wahai hawa .syaitan sentiasa menghasut supaya sering melakukan kemungkaran dan menjadikan diri ini seolah-olah belum bersedia. .janganlah berpaling daripada Allah. .mintalah daripadaNya. .petunjuk semoga sentiasa berada dalam rahmat dan lindungannya. .janganlah mudah tewas ditangan syaitan dan iblis yang tidak habis-habis menghasut manusia. .~. .

~sebahagian dari luahan hati ini yang kian lama dipendam. .sebagai renungan dan moga dapat membuka sedikit minda dan fikiran sahabat-sahabiah sekalian~
Wallahu'alam~aSSalamualaikum. .

ingin mengetahui mengenai solat Istikharah sila klik link di bawah

2 comments:

  1. igtlah bahwa ALLAH pencatur yg MAHA hebat...... setiap apa yg DIA beri kpd kita..... itulah ILMU yg DIA ada.... untuk KITA ambil sesuatu drnya.... smga istiqamah dlm setiap perbuatan..... :) mohon hny padaNYa.. mengharap juga hanya padaNYA... wallahhu'alam....

    ReplyDelete